Latar Belakang Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Faizin (MADTAAF)

CARTA ORGANISASI MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-FAIZIN

Pengerusi
USTAZ MOHAMAD HELMI BIN SIDEK


Timbalan Pengerusi
 
USTAZ SHAREEL AZMIE BIN SIONO

Mudirah
USTAZAH HANNY MUSHAROFAH BINTI KODIRUN

Setiausaha
USTAZAH NURUL IZZATI BTE MUHAMMAD

Bendahari
USTAZAH FARAH AMALINA BT MANSOR

Perhubungan Luar 
USTAZAH NORSATHIRAH BINTI JOHARI

Kurikulum
USTAZAH NURHANISAH BINTI RAMLI

Kokurikulum
USTAZAH FATIHATUL NAJWA BINTI CHANDIMA

Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Faizin(MADTAAF) merupakan pelaksana golongan sasar iaitu anak-anak tahfiz perempuan sahaja bagi yang menginap di Asrama. Namun begitu kami masih terus memerlukan bantuan serta peranan sampingan khususnya dari pihak Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Agama Islam Johor bagi meneruskan perjuangan membela nasib serta Pendidikan bagi anak-anak Tahfiz ini. Berikut merupakan objektif utama pembelajaran di Madrasah.

  1. Mengenal, mempelajari menambah dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah
  1. Dapat membaca Al Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan.
  1. Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan berdaya maju.
  1. Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.
  1. Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan mahupun tulisan.
  1. Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardu ain, fardu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.


Pihak pengurusan MADTAAF yakin dan percaya, ramai lagi individu yang akan tampil untuk memberikan segala bentuk bantuan bagi memastikan institusi ini terus menghasilkan generasi Al-Quran yang berdisiplin, berwibawa serta berilmu



Oleh kerana Organisasi MADTAAF ini bukanlah organisasi yang menjanakan keuntungan sebaliknya sebuah organisasi pendidikan Al-Quran, maka sumbangan di dalam apa jua bentuk samada Bangunan Madrasah,wang ringgit, harta benda dan buah fikiran amatlah dialu-alukan demi mencari keberkatan hidup di dunia dan akhirat




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

Sesungguhnya seorang hamba itu apabila bersedekah dengan baik Allah akan menerimanya dan Allah akan mengambil dengan tangan kananNya. Allah akan memelihara dan menjaganya dengan sebaik-baiknya sebagaimana seseorang kamu memelihara dan menjaga benih tanamannya. Dan seseorang yang bersedekah walaupun dengan sesuap makanan, ia akan membiak dalam peliharaan Allah sehingga akhirnya menjadi sebuah bukit. Maka bersedekahlah oleh kamu”

Objektif penubuhan Madrasah TAhfiz Al-Quran Al-Faizin adalah sebagaimana berikut:-

1.1     Mempraktikkan kaedah hafalan Al-Quran sistem turki yang lebih sistematik dan berkesan.

1.2     Memupuk perasaan cintakan Al-Quran dalam diri anak didik MADTAAF dan mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian seterusnya menyebarkan syiar islam.

1.3     Melahirkan para huffaz yang berkualiti, beretika dan berintergriti, serta menjaga fasiliti tempat pembelajaran untuk keselesaan warga kerja serta pelajar dalam mempengaruhi keberkesanan hafazan.

Gambar Ruangan MADTAAF

RUANG SOLAT DAN BELAJAR

Laluan dari Taman Anggerik, Johor Bahru

Laluan dari Kempas, Johor Bahru